Anda stress! Jangan murung!... Cuba anda makan coklat kerana coklat mengandungi bahan kimia yang mengurangkan stress dan mengandungi kaffein yang dapat menceriakan mood anda... Kenapa pasangan kekasih selalu menghadiakan coklat kepada pasangannya? Untuk mewujudkan mood happy secara automatik dan menambahkan rasa cinta dan sayang! Cubalah, pasti ia berkesan mengubah mood anda. Tapi ingat! Jangan anda ambil secara berlebihan, kerana coklat itu manis, nanti anda boleh jatuh sakit... Anda juga perlu amalkan pemikiran yang positif dan selesaikan masalah yang menjadi punca stress atau tekanan anda bertambah. Jangan ambil mudah dan jangan suka bertangguh untuk menyelesaikan masalah anda... Contohnya, jika anda mempunyai kerja yang banyak untuk diselesaikan, habiskan kerja-kerja tersebut dan rehat yang secukupnya. Lakukan aktiviti seperti riadah dan bersenam. Ia berkesan mengurangkan stress. Akhir sekali, ambil pemakanan yang sihat seperti sayuran, buah-buahan dan coklat juga merupakan salah satu makanan yang sihat. Sayangi dan cintailah diri anda!
No comments:
Post a Comment